Tuesday, July 15, 2014

Mari Menanah @ MCI Program 3R

Jom Memanah di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes untuk Program 3R 
(Remaja Rai Ramadhan)
Ahad ini 20/7/2014 bersamaan 22 Ramadhan 1435H







Monday, June 9, 2014

Memanah Sunnah Nabi S.A.W.

"Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah"; hadis riwayat Ath Thahawi. Tetapi sebelum itu para bapa kenalah belajar dahulu baru boleh ajarkan kepada putera-puteranya pula.

Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari & Muslim).

Berkuda. Berenang. Memanah.
Ada yang kata buat apa belajar survival skills orang zaman dulu yang dah lapuk tu. Tak perlu dah kot?
Kita ada kenderaan moden macam kereta, bas dan LRT – tak payah susah-susah naik kuda nak pergi mana-mana. Kita ada feri, bot, kapal dan life jacket – tak perlu susah hati kalau nak pergi mana-mana ikut jalan air. Kita ada pistol dan machine gun – tak perlu senjata lapuk anak panah tu.
Betul ke tak perlu? Mana kita tau tak perlu?
Pesanan Nabi mesti bersebab.
Menunggang kuda, berenang dan memanah adalah sukan. Kalau bersukan sudah tentu dapat menyihatkan tubuh badan kita yang lemau dan berlemak ni..ekekekee.
Lagi satu…. siapa tahu masa akan datang macam mana kan. Bayangkan segala kemudahan moden yang dibanggakan tu lenyap. Tak ke haru…
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten

BERKUDA

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
Menunggang kuda adalah sukan yang bagus untuk kesihatan.
menunggang kuda 01 Sunnah Nabi | Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?
Bentuk lekuk badan belakang kuda dikatakan baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Bagaimana?
Begini. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, vetebra tulang belakang pengunggang kuda akan bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni. Seterusnya meransang saraf-saraf tulang belakang… seolah-olah sedang diurut.
Menunggang kuda juga turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
darc denai alam recreation center horse ranch 11 Sunnah Nabi | Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?
Saya memang berhajat untuk hantar anak-anak saya belajar menunggang kuda. Insyallah.. bila ada duit lebih boleh lah cerita..ekekeke
Ingat nak daftar jadi ahli Denai Alam Recreation Center (DARC) so nanti kalau nak belajar tunggang kuda boleh dapat diskaun…. yaribbaaa!

BERENANG

Berenang adalah sukan yang bagus untuk kesihatan dan untuk survival di dalam air.
Semasa berenang, kita menggerakkan segala otot dan tulang rangka untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan. Seterusnya meransang stamina (sistem kardiovaskular).
berenang 01 Sunnah Nabi | Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?
Sebab itu juga berenang dikatakan sukan yang paling sempurna dan menyihatkan.
Izzah 5 tahun sekarang sedang belajar berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Bawah kelab renang AnakAir. So far… so good!
Nanti saya tulis review pasal kelab renang AnakAir ni… ada banyak cerita dan gambar nak share…he he.

MEMANAH

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Memanah juga satu sukan yang sangat bagus kerana dapat melatih minda dan emosi kita bagi mencapai sasaran.
memanah 03 Sunnah Nabi | Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?
Sukan ini melatih kita untuk bertenang dan mengawal emosi. Kalau kita asyik panas baran dan emo all the time… tak payah berangan lah nak hit the bull eye…ekekeke.
Memanah juga sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal.
memanah 04 Sunnah Nabi | Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?

Dipetik dari:
http://littlemamadiary.com/sunnah-nabi-kenapa-perlu-belajar-berkuda-berenang-dan-memanah/

Compound Bow at MCI